Suami jual isteri kepada sindiket, dirogol secara berkumpulan

Iklan
Seorang lelaki di Gujarat tergamak menjual isterinya sendiri kepada kumpulan sindiket dengan bayaran 50,000 rupee (RM2,070.14). Gambar hiasan Istockphoto.com

NEW DELHI - Seorang lelaki di Gujarat tergamak menjual isterinya sendiri kepada kumpulan sindiket dengan bayaran 50,000 rupee (RM2,070.14) sebelum wanita itu didakwa menjadi mangsa rogol berkumpulan.

Kes mengejutkan itu terbongkar selepas suspek, Nikesh Patel, membuat laporan polis mendakwa isterinya hilang secara 'misteri' pada 19 Mei lalu di Balai Polis Palanpur West, Banaskantha.

Iklan
Iklan

Namun, siasatan lanjut polis mendapati terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan lelaki terbabit sebelum dia akhirnya mengaku merancang jenayah tersebut bersama rakan-rakannya.

Menurut pihak berkuasa, suspek mendakwa dia sanggup menjual isterinya kerana tidak menyukai wanita berkenaan.

Iklan

Polis berkata, mangsa diperdaya untuk keluar bersama suspek sebelum dibawa ke lokasi terpencil dan diserahkan kepada individu lain sebagai sebahagian daripada urusan jual beli tersebut.

Selepas berjaya diselamatkan polis dalam satu operasi khas, mangsa mendakwa dia dikurung dan menjadi mangsa serangan seksual serta rogol berkumpulan sepanjang tempoh ditahan.

Iklan

Wanita itu turut memaklumkan barang kemas miliknya dirampas sebelum dijual oleh suspek dan kumpulan terbabit untuk mendapatkan keuntungan.

Siasatan mendapati suspek dipercayai merancang jenayah itu bersama beberapa individu lain dikenali sebagai Sanjay Thakor, Ashok Thakor dan Sachin Darbar.

Berikutan pengakuan suspek dan keterangan mangsa, polis membuka kertas siasatan mengikut kesalahan pemerdagangan manusia, rogol berkumpulan, rompakan dan konspirasi jenayah.

Setakat ini, tujuh individu termasuk suami mangsa berjaya ditahan bagi membantu siasatan lanjut.-Agensi