Selat Melaka kekal stabil, terjamin
Iklan
Selat Melaka kekal sebagai laluan yang aman, terkawal dan stabil. Gambar kanan: Yusne
KETEGANGAN di Selat Hormuz, baru-baru ini, sekali lagi memberikan peringatan kepada dunia bahawa laluan maritim strategik boleh menjadi titik punca kerentanan dalam perdagangan global.
Namun begitu, Selat Melaka kekal sebagai laluan yang aman, terkawal dan stabil, sekali gus mengukuhkan semula keyakinan antarabangsa terhadap aspek keselamatan kapal dagang yang melaluinya.