Putin ucap Selamat Aidiladha kepada umat Islam

Iklan
Vladimir Putin. Foto: Agensi

MOSCOW - Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada umat Islam sempena perayaan Aidiladha, selain memuji sumbangan golongan itu terhadap kehidupan sosial dan budaya di negara berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam mesej ucapan tahniah yang diterbitkan oleh Kremlin, Putin berkata perayaan itu yang berakar umbi daripada tradisi Islam sejak berabad-abad lamanya,"menyeru penganutnya ke arah kebaikan, keadilan, belas kasihan dan ketakwaan.”

Iklan
Iklan

"Berpegang kepada ajaran dan tradisi berzaman nenek moyang anda, anda menyambut perayaan ini secara meluas, sekali gus mengembalikan para penganut kepada asal-usul Islam,” katanya.

Putin turut mengambil maklum mengenai peranan aktif yang dimainkan oleh organisasi Islam dalam kehidupan masyarakat di Rusia, dengan menonjolkan usaha mereka untuk memperkukuh nilai kekeluargaan, memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, serta melaksanakan inisiatif pendidikan dan kebajikan.

Iklan
Iklan

"Dan sudah tentu, aktiviti anda yang bertujuan menyokong para pejuang tanah air serta ahli keluarga mereka amat dihargai dan berhak menerima setinggi-tinggi penghargaan,” katanya. - Bernama