Budak 10 tahun dikhuatiri lemas dihanyut arus deras

Iklan
Lokasi mangsa dipercayai lemas dibawa arus dalam kejadian pada Rabu.

HULU SELANGOR - Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Nilam, Sungai Selisek di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baru digerakkan ke lokasi kejadian.

"Jentera bomba tiba di lokasi kira-kira jam 2.35 petang.

Iklan

Katanya, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di kawasan sungai berkenaan.

"Seramai lima anggota terlibat dalam operasi ini dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan utiliti Hilux dan sebuah bot.

Iklan

"Setakat ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi pencarian diteruskan," katanya.