Lanjutan PKP: KKM bertemu Muhyiddin esok

Iklan
Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman berkaitan situasi semasa Covid-19 selepas sesi taklimat bersama Kementerian Kesihatan (KKM) esok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu pertemuan antara KKM dan Perdana Menteri diadakan esok bagi memaklumkan situasi terkini jangkitan Covid-19 di negara ini.

Iklan
Iklan

"Selepas taklimat esok, Perdana Menteri akan membuat pengumuman apa yang perlu dilakukan," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Terdahulu menurutnya, KKM mengadakan mesyuarat bersama Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bagi mengesyorkan tindakan seterusnya selepas fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir Selasa ini.

Iklan

"Mesyuarat akan membincangkan model-model dan data yang diperoleh sehingga hari ini," katanya.

Malaysia melaksanakan PKP melalui dua fasa bermula 18 Mac lalu dan akan berakhir Selasa depan.

Iklan

Setakat ini, sebanyak 69 kes sporadik Covid-19 iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya direkodkan KKM.