GANDINGAN beregu campuran negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin melakar kejutan terbesar pada hari pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka Singapura apabila menyingkirkan beregu nombor satu dunia dari China pada Selasa.
Jimmy-Su Yi mempamerkan aksi matang dan bertenaga untuk menewaskan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dengan keputusan 23-21, 21-16 di Stadium Tertutup Singapura.