Pengeluaran pasport baharu Malaysia ditangguh - JIM

Iklan
Orang ramai masih boleh memperbaharui PMA sedia ada seperti biasa dan pasport yang masih berkuat kuasa kekal sah digunakan sehingga tamat tempoh. Gambar kecil: Zakaria

 

PUTRAJAYA - Pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dijadualkan bermula 1 Jun ditangguh kepada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan serta pengalaman urusan rakyat terus berada pada tahap terbaik.

"Orang ramai masih boleh memperbaharui PMA sedia ada seperti biasa dan pasport yang masih berkuat kuasa kekal sah digunakan sehingga tamat tempoh.

Iklan

"Sebarang perkembangan lanjut berkaitan pelaksanaan PMA versi baharu akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, JIM amat menghargai kerjasama dan sokongan berterusan daripada orang ramai.

Iklan

Jelas Zakaria, pihaknya kekal komited dalam memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan PMA baharu yang dilengkapi 94 ciri keselamatan bagi memastikan dokumen itu kekal selamat dan sukar dipalsukan akan dikeluarkan bermula 1 Jun depan secara berperingkat.