IPOH - Kanak-kanak memanfaatkan masa terluang dengan melakukan aktiviti di Ruang Komuniti (RUKOM) yang disediakan dengan pelbagai kemudahan ketika tinjauan Bernama di Pangsapuri Seri Kepayang baru-baru ini.
RUKOM merupakan sebahagian daripada komitmen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah kepimpinan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam mewujudkan persekitaran yang lebih harmoni, inklusif dan sejahtera di Projek Perumahan Rakyat (PPR).