Wagyu masuk pedalaman Sarawak
Iklan
Lembu wagyu dijadikan korban dan turut mendapat tempahan daripada pelanggan pada musim Hari Raya Korban.
KUCHING – Permintaan terhadap lembu baka wagyu bagi tujuan ibadah korban terus meningkat dari tahun ke tahun meskipun harga seekor boleh mencecah RM15,000 apabila semakin ramai golongan berkemampuan memilih baka premium itu untuk diagihkan kepada golongan fakir miskin, asnaf dan mualaf di pedalaman Sarawak.
Pengusaha bersama Cahaya Muqarrobin Resources Sdn Bhd (CMRSB), Nasruddin Mohamad berkata, trend itu menunjukkan perubahan pola pemikiran masyarakat yang bukan sahaja menunaikan ibadah korban, malah turut mengambil kira kualiti daging yang diterima golongan sasaran.