Rakyat Kelantan minat wagyu
Iklan
Permintaan terhadap lembu Wagyu bagi tujuan korban didakwa semakin mendapat tempat, khususnya dalam kalangan pencinta baka eksklusif itu. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN
KOTA BHARU – Rakyat Kelantan dilihat antara kelompok yang semakin berani berbelanja besar bagi ibadah korban apabila semua pembeli lembu wagyu bagi tujuan korban setakat ini direkodkan terdiri daripada rakyat negeri itu.
Jika sebelum ini lembu tempatan atau baka import biasa menjadi pilihan utama sempena Aidiladha, kini muncul trend baharu apabila golongan berkemampuan sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk melaksanakan ibadah korban menggunakan baka wagyu.