9,720 individu sedang jalani kuarantin wajib

Iklan
Ismail Sabri

PUTRAJAYA - Sebanyak 143 pusat kuarantin termasuk 24 buah hotel telah beroperasi setakat semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 9,720 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Iklan
Iklan

"Semalam, seramai 229 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata, Operasi Sanitasi Awam Covid-19 di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 954 operasi di 81 zon termasuk 23 zon merah dan 16 zon jingga.

Iklan

"Semalam, sebanyak 159 operasi sanitasi meliputi 61 zon di 12 negeri termasuk 29 kawasan di Johor dan 30 kawasan di Kuala Lumpur. Kawasan yang turut dinyah cemar ialah 686 bangunan kerajaan dan 433 tempat awam," katanya,

Menurutnya, KPKT menyasarkan untuk menyahcemar 38 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di zon merah dan zon jingga.

Iklan

"Semalam sebanyak lima PPR telah dinyah cemar menjadikan jumlah keseluruhan 30 PPR telah selesai disanitasi melibatkan 31,775 unit rumah," katanya.