SHAH ALAM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli gabungan Perikatan Nasional (PN) mengenai kepentingan mengekalkan perpaduan bagi mengelakkan kekalahan dalam perjuangan politik.
Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menegaskan, ancaman atau musuh dari luar adalah sesuatu yang boleh dihadapi, namun sekiranya berlaku perpecahan secara dalaman, ia pastinya akan membawa kesan buruk kepada keutuhan gabungan berkenaan.