Teknologi BESSASIA sokong Agenda Hijau

Iklan
Pasuka BESSASIA berpuas hati dengan penyertaan oada pameran METALTECH & AUTOMEX 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

KUALA LUMPUR – Siri produk terbaharu keluaran BESSASIA menerima pengiktirafan daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. (SIRIM), sekali gus membuktikan komitmen syarikat itu dalam membangunkan teknologi simpanan tenaga yang memenuhi standard keselamatan tinggi.

Pengiktirafan tersebut melibatkan produk Mobile BESS 60kW/140kWh dan siri Cabinet BESS milik syarikat berkenaan yang disampaikan sempena penyertaan mereka dalam pameran METALTECH & AUTOMEX 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Iklan
Iklan

Majlis penyerahan sijil itu turut disaksikan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin.

Pengarah Eksekutif BESSASIA, Datuk Hisham Hanif Khamis berkata, teknologi Battery Energy Storage System (BESS) yang dibangunkan syarikat itu mampu menjadi alternatif lebih mesra alam bagi menggantikan penggunaan genset diesel konvensional.

Iklan

Menurut beliau, penggunaan genset diesel bukan sahaja menghasilkan pencemaran bunyi dan bau, malah tidak selari dengan aspirasi negara ke arah mencapai sasaran sifar pelepasan karbon bersih menjelang 2030.

“Teknologi yang kami tawarkan lebih senyap, lebih hijau dan lebih menjimatkan. Ia juga mampu membantu industri mengurangkan bil elektrik antara 20 hingga 40 peratus,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, antara sistem simpanan tenaga yang ditawarkan ialah Mobile BESS berkapasiti 60kW/140kWh yang bersifat fleksibel dan mudah alih, Cabinet BESS berkapasiti 125kW/261kWh untuk sektor perniagaan serta Container BESS berkapasiti 5.015MWh yang direka khusus bagi sektor industri dan utiliti berskala besar.

Tambah beliau, sistem bateri tersebut mampu membekalkan tenaga secara lebih stabil tanpa gangguan selain bertindak seperti bank kuasa berskala besar yang boleh dicas semula menggunakan sambungan grid biasa atau tenaga solar menerusi panel solar.

Katanya, penggunaan sistem BESS juga membantu syarikat terutama dalam sektor pembuatan mengawal kos operasi ketika waktu penggunaan elektrik memuncak yang lazimnya menyebabkan bil elektrik meningkat mendadak.

“Apabila berlaku lonjakan penggunaan elektrik, sistem ini akan mengesan peningkatan tersebut dan secara automatik menukar penggunaan kepada bateri.

“Secara tidak langsung, syarikat dapat menjimatkan kos operasi selain menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil untuk mesin industri dan sistem automasi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau optimis Malaysia mempunyai potensi besar dalam penggunaan tenaga hijau khususnya tenaga solar memandangkan negara menerima cahaya matahari sepanjang tahun selain disokong dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan teknologi hijau dan agenda Environmental, Social and Governance (ESG).