KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti latihan ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bakal dilaksanakan terutamanya di kawasan kepulauan di Pahang.
Melalui kenyataan dikeluarkan, baginda bimbang aktiviti latihan ketenteraan tersebut akan menggugat ekosistem alam sekitar, flora dan faunanya.