Adab kenegaraan, realiti politik Malaysia
Iklan
Patriotisme sejati bukan menjatuhkan institusi tetapi mempertahankannya dengan fakta, adab dan keberanian membela negara. Foto hiasan
MALAYSIA bukan republik. Ia adalah Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, dua nadi yang berjalan seiring sejak 1957. Namun, dalam kegelojohan politik mutakhir ini, ada pihak yang cuba memisahkan Perlembagaan daripada institusi raja.
Mereka berkata:"Malaysia negara undang-undang, bukan negara titah." Bukankah ini derhaka kepada institusi yang menjadi payung negara? Tafsiran itu menjadi tidak lengkap bahkan berbahaya apabila ia mengetepikan fakta sejarah, adab kenegaraan dan realiti politik Malaysia.