Ancaman senyap air negara
Iklan
Masalah paip lama pecah antara punca gangguan bekalan kepada pengguna.
SHAH ALAM - Paip lama terutama jenis asbestos simen (AC) yang digunakan sejak zaman selepas Perang Dunia Kedua berisiko menjadi 'bom jangka' terhadap keselamatan air negara sekiranya tidak diganti secara menyeluruh.
Pengurus Ekohidrologi dan Edupelancongan Pejabat Kampus Lestari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Adib Mohammad Razi berkata, kegagalan sistem paip lama mungkin tidak berlaku serentak.