MOSCOW - Amerika Syarikat (AS) mengetepikan Israel daripada rundingan mengenai Iran, dengan akses terhad kepada maklumat, menurut laporan The New York Times pada Sabtu, memetik pegawai Israel yang tidak dinamakan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Susulan kekurangan maklumat daripada sekutu terdekatnya, pihak Israel terpaksa mengumpul apa sahaja yang boleh mereka perolehi mengenai perbincangan antara Washington dan Tehran melalui hubungan mereka dengan pemimpin serantau dan diplomat, serta menerusi pengawasan mereka sendiri di dalam Iran, kata akhbar itu.