Remaja usia 14 tahun dirogol kenalan WhatsApp

Iklan
Noor Hisam (gambar kecil) memaklumkan, polis telah mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan. Foto hiasan

IPOH - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menjadi mangsa rogol kenalan lelaki yang baharu dua bulan dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp dalam kejadian di sebuah rumah di Padang Rengas pada Jumaat.

Kejadian bermula apabila suspek berusia 20 tahun itu bertindak mengambil mangsa di rumah keluarganya di Lenggong kira-kira jam 10 malam untuk keluar makan di Taiping.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, dalam perjalanan pulang, suspek telah membawa mangsa singgah ke sebuah rumah di Padang Rengas sebelum bertindak merogol remaja tersebut.

"Kejadian berlaku antara jam 10 malam sehingga jam 1.30 pagi. Sebaik menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Lenggong, mangsa telah disoal oleh abangnya sebelum dia menceritakan kejadian sebenar," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa mengenali suspek menerusi rakannya dan sering berhubung melalui media sosial.l, namun ini adalah kali pertama mereka bertemu secara bersemuka.

Kataya, laporan polis telah dibuat oleh mangsa pada Sabtu dan mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) untuk pemeriksaan perubatan lanjut.

Iklan

"Polis telah mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan," katanya.