ROM - Kumpulan aktivis pro-Palestin yang dibebaskan daripada tahanan Israel mendakwa mereka mengalami penderaan fizikal selain menjadi mangsa gangguan dan serangan seksual.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric pada Jumaat menegaskan beliau mengambil serius dakwaan tersebut setelah penganjur misi Global Sumud Flotilla merekodkan kira-kira 15 kes serangan seksual.