Bawa pulang jenazah rakyat Malaysia di luar negara perlu ikut SOP

Iklan

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan rakyat Malaysia yang menjadi korban koronavirus (Covid-19) di luar negara dibawa pulang mengikut standard operasi prosedur (SOP) kementerian itu.

Namun begitu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, undang-undang dan SOP di negara tempat rakyat Malaysia itu meninggal dunia juga perlu dipatuhi.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini bukan sahaja SOP kerajaan Malaysia perlu diikuti tetap juga undang-undang dan SOP negara luar.

"Itu jika ada rakyat Malaysia meninggal dunia di luar negara disebabkan Covid-19 tetapi alhamdulillah setakat ini belum ada kes rakyat kita di luar negara meninggal dunia kerana virus ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata, rakyat Malaysia di luar negara yang dijangkiti Covid-19 akan dikuarantin dan tidak dibenarkan ke mana-mana.

Iklan

"Ia sama seperti di Malaysia jika warga asing didapati positif Covid-19 kita akan kuarantin mereka," katanya.