Mendulang emas: SOP ketat mampu elak tragedi
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.
PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) permohonan lesen yang ditetapkan kerajaan negeri Kelantan bagi aktiviti mendulang emas bertujuan melindungi keselamatan pelombong dan bukan untuk menyusahkan rakyat.
Pensyarah Kanan Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Syakir Sulaiman berpandangan garis panduan yang ditetapkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri dibuat secara ketat dengan mengambil kira risiko kejadian runtuhan tanah, perubahan arus sungai serta kerosakan alam sekitar.