Kita punya pilihan sendiri
Iklan
Dalam berhadapan dengan kemelut ekonomi yang semakin mencabar, kita boleh memilih untuk berusaha lebih gigih mencari nafkah untuk menyara keluarga daripada membiarkan kita hanyut dalam naratif politik. Gambar hiasan
TEMPIAS impak perang Asia Barat menyebabkan harga minyak naik mendadak sehingga memaksa kerajaan menyusun semula dasar subsidi. Penyusunan tersebut telah memberi kesan kepada kehidupan harian jutaan rakyat.
Pada waktu yang sama, pihak swasta khususnya industri kecil dan sederhana berhadapan masalah operasi yang serius kerana kenaikan harga minyak, kesukaran memperoleh bahan mentah dan kos bahan mentah yang semakin mahal.