KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan Jerantut dan Kuantan.