PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) giat melaksanakan pemeriksaan mengejut di pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara bagi memastikan pematuhan serta mengesan premis tidak berdaftar.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu susulan beberapa laporan kes membabitkan kematian bayi dan kanak-kanak di pusat jagaan yang menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan.