Realiti politik tidak semudah data
Iklan
Rafizi dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menjadi ahli baharu Parti Bersama Malaysia (PBM) sempena Perhimpunan Hala Tuju Politik di PJ Perfoming Art Center pada Ahad lalu. Gambar kecil: Iskandar Hasan
TULISAN Dr Mohammad Tawfik Yaakub dalam sebuah akhbar tempatan cuba membina naratif bahawa Datuk Seri Rafizi Ramli akan muncul sebagai ‘kuasa ketiga’ baharu dalam politik Malaysia dengan kelebihan besar melalui Invoke Solutions Sdn Bhd (Invoke), Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dan pengalaman politiknya.
Walaupun begitu, tulisan bersifat spekulatif ini tidak dipandu analisis realistik berasaskan rekod, fakta serta dinamika sebenar politik negara kerana hakikatnya terdapat terlalu banyak kelemahan asas, percanggahan logik dan andaian tidak berasas sengaja diketepikan penulis.