Layanan terhadap aktivis Sumud Flotilla: Itali minta EU kenakan sekatan terhadap Ben-Gvir

Iklan
Layanan kejam terhadap aktivis Global Sumud Flotilla yang mendapat kecaman antarabangsa. Foto Agensi

ISTANBUL - [DIKEMAS KINI] Menteri Luar Itali, Antonio Tajani pada Khamis mengumumkan yang beliau meminta Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan terhadap Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir berhubung layanan terhadap aktivis Global Sumud Flotilla.

Tajani menerusi platform X berkata, beliau secara rasmi meminta Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas supaya memasukkan cadangan sekatan terhadap Ben-Gvir dalam agenda mesyuarat Menteri Luar EU akan datang.

Iklan
Iklan

Beliau menegaskan permintaan itu dibuat susulan"tindakan yang tidak boleh diterima” terhadap flotila itu, termasuk penahanan aktivis di perairan antarabangsa serta dakwaan layanan berbentuk gangguan dan penghinaan yang melanggar hak asasi manusia paling asas. - Bernama