ISTANBUL - Semua aktivis yang ditahan daripada Global Sumud Flotilla dan Gabungan Flotila Kebebasan yang menuju ke Gaza dibebaskan dari Penjara Ktziot menjelang pengusiran mereka, menurut kumpulan hak asasi manusia Adalah pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, Adalah berkata, pihaknya menerima"pengesahan rasmi” daripada Perkhidmatan Penjara Israel dan pegawai kerajaan bahawa semua aktivis yang ditahan di pusat tahanan itu dibebaskan dan sedang dipindahkan untuk tujuan pengusiran.