Dua lelaki maut tertimbus runtuhan tebing sungai dipercayai ketika melombong emas
Iklan
Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh anggota BBP Jeli di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, Jeli pada Rabu malam. Foto: JBPM
JELI - Dua lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tebing tanah setinggi dua meter dipercayai berlaku ketika aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong di sini pada Rabu malam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, seorang lagi mangsa dilaporkan terselamat.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian mangsa tertimbus tanah sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.
Menurut beliau, operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila pasukan bomba tidak dapat memasuki kawasan ladang menggunakan jentera kerana laluan sempit.
Iklan
"Komander operasi memaklumkan pasukan terpaksa menggunakan kenderaan pikap jenis Hilux untuk masuk ke lokasi kejadian.
"Operasi pencarian dimulakan pada jam 9.20 malam dan didapati benar terdapat dua mangsa tertimbus akibat runtuhan tebing tanah setinggi dua meter di kawasan anak sungai," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Iklan
Beliau memberitahu, mangsa pertama berjaya ditemukan pada jam 9.25 malam manakala mangsa kedua ditemui pada jam 11.18 malam.
Ujarnya, kedua-dua mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.40 malam," katanya.
Adni memberitahu, seramai sembilan anggota dari BBP Jeli terlibat dalam operasi tersebut dengan bantuan sebuah jentera FRT, EMRS dan RRV.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>