Negara aman bukan kebetulan
Iklan
Rukun Negara bukan sekadar dokumen sejarah, tetapi panduan hidup rakyat Malaysia.
DALAM sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian kaum, agama dan budaya seperti Malaysia, perpaduan bukan sesuatu yang hadir secara semula jadi. Ia perlu dipupuk, dijaga dan dipertahankan setiap masa.
Sebab itulah Rukun Negara tidak boleh dianggap sekadar lafaz yang dibaca ketika perhimpunan sekolah atau majlis rasmi, sebaliknya menjadi asas yang menyatukan rakyat Malaysia sejak sekian lama.