Mampukah Rafizi ikut jejak Vijay, Magyar
Iklan
Rafizi Ramli
DALAM ucapan pelancaran parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli banyak mengutuk politik koalisi dan kompromi politik. Bersama dijangka berjuang solo sekurang-kurangnya di Semenanjung Malaysia dalam dan selepas pilihan raya.
Ini menyebabkan sesetengah penganalisis politik terus pesimistik dengan prospek kejayaan parti baharu ini. Bagi saya, strategi solo Bersama perlu dikupas secara berasingan dalam dan selepas pilihan raya sungguhpun jawapannya mungkin berkaitan.