Lucut kewarganegaraan tidak semudah disangka - Pakar
Iklan
Pindaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen selain persetujuan Majlis Raja-Raja. Gambar kecil: Khairil Azmin (kiri) dan Mohd Azmi
SHAH ALAM - Cadangan mewujudkan Lembaga Kesetiaan Negara bagi menilai dan mengesyorkan tindakan perlucutan taraf kewarganegaraan terhadap individu yang menghina institusi Raja-Raja Melayu bukan perkara mudah kerana ia melibatkan hak yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.
Pakar Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, perlucutan kewarganegaraan perlu mematuhi peruntukan sedia ada termasuk Perkara 27 Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya.