Tujuh tanda awal anak jadi sasaran 'grooming'
Iklan
Dr Zubaidah berkata, ramai terlalu percaya kepada anak sendiri sehingga gagal melihat perubahan tingkah laku.
SHAH ALAM - Pelaku pedofilia menggunakan pendekatan lembut seperti memberi perhatian, pujian dan layanan istimewa sehingga kanak-kanak berasa selesa serta tidak melihat hubungan antara mereka sebagai sesuatu yang berbahaya.
Sehubungan itu, Pakar Psikologi Klinikal, Management and Science University (MSU), Profesor Dr Zubaidah Jamil Osman berkata, ibu bapa perlu lebih peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak kerana mangsa pedofilia dalam talian tidak menyedari sedang dimanipulasi.