SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyemak dan akan mengambil tindakan terhadap dakwaan penggunaan tulisan Cina pada kad janji temu di Klinik Kesihatan Sri Rampai, Kuala Lumpur.
Ia susulan penularan satu video di TikTok apabila seorang pengguna media sosial memuat naik rakaman memaparkan tulisan Cina pada kad janji temu pesakit di klinik itu.