'Anwar pesan pastikan Parlimen Pandan kekal milik PKR' - Tengku Zafrul
Iklan
Anwar ketika bertemu pimpinan PKR Pandan yang hadir sempena Konvensyen PH 2026 di Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Foto Facebook Tengku Zafrul
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh ahli PKR Pandan supaya mengekalkan kesatuan dan memperkukuh gerak kerja jentera bagi memastikan Parlimen itu kekal menjadi kubu parti.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pesanan itu disampaikan Anwar ketika pertemuannya bersama pimpinan PKR Pandan yang diatur sempena Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.
Iklan
Iklan
"Sebelum berangkat pulang daripada Konvensyen PH 2026, saya berkesempatan mempertemukan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR dengan pimpinan Keadilan Pandan yang hadir.
"Dalam pertemuan ini, pimpinan Pandan menyatakan kesetiaan kepada parti serta komitmen untuk memperkukuh gerak kerja di Cabang Pandan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Iklan
Menurut beliau, Anwar turut mengingatkan supaya amanat berkenaan disampaikan kepada seluruh anggota PKR Pandan.
"Presiden berpesan agar kekalkan kesatuan, gerakkan jentera dan pastikan Parlimen Pandan terus kekal milik Keadilan," katanya.
Iklan
Ahad lalu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga bekas Timbalan Presiden PKR mengumumkan keluar daripada parti itu, dalam masa sama mengosongkan kerusi Parlimen disandangnya.
Beliau yang mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Rafizi sebelum ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi pada Mei 2025 selepas tewas dalam pemilihan PKR.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.