Pas dominan, nasib Hamzah jadi tanda tanya
Iklan
Cabaran besar Dr Ahmad Samsuri selaku Ketua Pembangkang Parlimen baharu adalah untuk mengimbangi pertembungan kem Bersatu diketuai Muhyiddin (kiri) dan kem Gerakan 'Reset' oleh Hamzah di dalam blok pembangkang. Gambar kecil: Anis Anwar Suhaimi (kiri) Dr Mohd Yadzil Yaakub (tengah) dan Zaid Ibrahim.
SELEPAS sekian lama jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen menjadi tanda tanya susulan pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Februari lalu, teka-teki itu akhirnya terjawab.
Perkara itu selesai apabila Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahli Parlimen Kemaman merangkap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang baharu.