Tanding solo: Johor fixed deposit UMNO-BN sejak sekian lama
Iklan
Sivamurugan
SHAH ALAM - Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang menunjukkan keyakinannya terhadap kekuatan akar umbi, jentera tradisional dan jenama parti itu sendiri yang masih kukuh di negeri tersebut.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, Johor dilihat sebagai fixed deposit UMNO sejak sekian lama.