Amaran ribut petir hampir seluruh negara

Iklan
​MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk tersebut diramal berlaku di seluruh Perlis dan Melaka. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda hampir seluruh negara hingga jam 7 malam ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada jam 4.10 petang ini, ​MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk tersebut diramal berlaku di seluruh Perlis dan Melaka.

Iklan
Iklan

Di Kedah kawasan yang terlibat merangkumi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap, manakala di Perak melibatkan daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Bagi Pahang pula amaran dikeluarkan membabitkan kawasan Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Selangor kawasan yang terjejas ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Iklan

Sementara itu, di Negeri Sembilan, kawasan terlibat adalah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kulai.

Bagi Sarawak, cuaca buruk diramal melanda Kuching, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.

Iklan

Di Sabah pula, amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) serta Kudat (Kota Marudu dan Kudat).- Bernama