Gugur air mata jantan Nagatomo
Iklan
Nagatomo tidak mampu menahan sebak selepas tersenarai dalam skuad 26 pemain kendalian Hajime Moriyasu ke Piala Dunia 2026. Foto: Agensi
DISENARAIKAN ke Piala Dunia, pertahanan veteran Jepun, Yuto Nagatomo tidak mampu menahan sebak selepas tersenarai dalam skuad 26 pemain kendalian Hajime Moriyasu, sekali gus hampir mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama beraksi di lima edisi kejohanan berprestij itu.
Pemain berusia 39 tahun itu yang masih menjadi sandaran pengalaman Samurai Blue, mengalirkan air mata sebaik pengumuman rasmi dibuat, detik yang pantas tular di media sosial.
Iklan
Iklan
Nagatomo menyertai senarai bintang Jepun lain seperti Takefusa Kubo, Ayase Ueda dan Daichi Kamada, dalam usaha negara itu mengukuhkan cabaran di pentas Piala Dunia 2026.
Untuk rekod, bekas pemain Inter Milan, Marseille dan Galatasaray itu kini mengumpul 144 penampilan bersama Jepun sejak debut pada 2008, selain menjaringkan empat gol antarabangsa.
Iklan
Walaupun sudah menghampiri penghujung karier, Nagatomo masih menjadi tonggak penting FC Tokyo musim ini dengan lapan penampilan, membuktikan tahap kecergasan dan konsistensinya belum merosot.
Sebagai rekod, Jepun diundi dalam Kumpulan F bersama Belanda, Sweden dan Tunisia dengan aksi pembukaan menentang Belanda di Arlington, Texas pada 14 Jun.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>