Media sosial jadi 'bilik darjah kedua'
Iklan
Media sosial kini membuka ruang lebih luas kepada guru untuk berkongsi ilmu secara kreatif, sekali gus melahirkan ramai guru pempengaruh yang memberi impak positif kepada masyarakat. - Gambar kecil dari kiri Sarifah Nurhanum, Anuar dan Alimuddin
SHAH ALAM - Media sosial kini umpama ‘bilik darjah kedua’ yang sangat berpengaruh sebagai medium penyampaian dunia pendidikan apabila membuka ruang lebih luas kepada guru berkongsi ilmu mengikut kreativiti masing-masing.
Kemunculan ramai guru pempengaruh daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran mencetuskan impak positif kepada masyarakat sehingga menerima ribuan pengikut, manakala kandungan dihasilkan mendapat jutaan tanda suka.