'Memang pelajar tahfiz perlu ambil SPM untuk masuk IPTA'
Iklan
Semua pelajar maahad tahfiz di Malaysia faham dan akur dengan sistem pendidikan yang telah dilaksanakan di negara ini. - Gambar kecil (Manolito)
SHAH ALAM - Pelajar tahfiz yang mahu menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sememangnya sudah lama perlu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras.
Presiden Persatuan Maahad Tahfiz Malaysia (Permata Al-Quran), Manolito Mohd Dahlan berkata, perkara itu bukan isu baharu kerana sistem tersebut telah diamalkan sejak sekian lama dalam institusi tahfiz di negara ini.