Tujuh GRO warga asing dicekup di Kota Bharu
Iklan
Kegiatan tujuh wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas dengan bekerja sebagai GRO terbongkar selepas mereka dicekup JIM Kelantan menerusi Ops Gegar di sekitar Bandar Kota Bharu pada Khamis.Foto:JIM
KOTA BHARU - Kegiatan tujuh wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) terbongkar selepas mereka dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menerusi Ops Gegar di sekitar bandar ini pada Khamis.
Pengarah JIM Kelantan, Garry Belayong John Siki berkata, kesemua individu yang ditahan itu masing-masing berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Iklan
Iklan
"Kesemua mereka dipercayai menyalahgunakan pas dengan bekerja sebagai GRO," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Menurut beliau, daripada jumlah itu enam daripada wanita yang ditahan merupakan warganegara Thailand manakala seorang lagi warga Laos.
Iklan
Ujarnya, pada masa sama tiga lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar turut ditahan.
Garry memberitahu, sepanjang operasi dijalankan, seramai 53 individu terdiri daripada warga asing dan tempatan telah diperiksa.
Iklan
Kata beliau, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Kompleks Imigresen Kelantan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>