Keputusan salah, buka pintu lebih besar
Iklan
Keputusan kerajaan membuka ruang kepada lepasan UEC melanjutkan pengajian ke IPTA mengundang polemik. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) merupakan tindakan salah dan bersifat politik.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, pengiktirafan tersebut membuka ruang lebih besar kepada sistem pendidikan yang tidak selari dengan dasar nasional.