PADU wajar jadi rujukan utama data kerajaan
Iklan
Sistem data PADU yang telah dilancarkan sejak tahun 2023 bakal menjadi sistem pengkalan data rujukan utama agensi-agensi kerajaan termasuk sistem Budi Madani.
PUTRAJAYA – Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) wajar dilihat sebagai rujukan utama infrastruktur data strategik kerajaan, tetapi bukan sebagai satu-satunya asas mutlak bagi pelaksanaan dasar besar seperti subsidi bersasar.
Pada masa sama, kerajaan tidak bercadang untuk kembali menggunakan definisi konvensional seperti T20, sebaliknya sedang meneliti pendekatan lebih menyeluruh bagi menentukan kategori pendapatan.