Belia cemerlang, Parlimen terbilang
Iklan
Dewan Waghih, salah satu model simulasi parlimen terawal di Malaysia untuk golongan muda di bawah naungan Yayasan Negeri Sembilan.
PADA tahun 2022, saya telah diminta untuk merasmikan pembukaan persidangan dewan belia Negeri Sembilan, yang dikenali sebagai Dewan Waghih, salah satu model simulasi parlimen terawal di Malaysia untuk golongan muda di bawah naungan yayasan negeri.
Malangnya ketika itu saya berada di luar kawasan, maka saya amat berbesar hati apabila dijemput sekali lagi untuk merasmikan persidangan terbaharu minggu ini, dan menerima pelawaan untuk menjadi Penaung Diraja Dewan Waghih.