Kerajaan cari jalan panjangkan bekalan minyak negara
Iklan
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasi
DALAM dunia ekonomi yang sering diukur melalui angka pertumbuhan dan statistik pelaburan, realiti kehidupan rakyat menurut Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tidak lagi boleh dinilai berdasarkan pendapatan semata-mata.
Hampir lima bulan menerajui Kementerian Ekonomi, Ahli Parlimen Johor Bahru itu mengakui definisi T20 semakin kompleks apabila kos sara hidup, lokaliti dan tanggungan keluarga memberi kesan berbeza terhadap kemampuan sebenar rakyat terutama di bandar besar.