KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan sembilan negeri sehingga jam 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat di Perak ialah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang serta Mualim; Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin); dan Selangor.