Sub kluster Covid-19 melibatkan guru dikesan di Rembau

Iklan
Sub klutser melibatkan kakitangan sebuah sekolah yang kemudiannya merebak ke beberapa lokaliti di Rembau susulan seorang kakitangan sekolah tersebut menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling bulan lalu. - Foto internet

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan sub kluster di Rembau, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sub klutser tersebut melibatkan kakitangan sebuah sekolah yang kemudiannya merebak ke beberapa lokaliti di dalam daerah itu iaitu Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar.

Iklan
Iklan

"Sub klutser ini berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Sri Petaling bulan lalu," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga hari ini terdapat 27 kes positif Covid-19 dikesan di kawasan tersebut dan dua daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Iklan

"Sub kluster itu mula dikesan apabila beberapa guru di sebuah sekolah positif Covid-19.

"Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan yang turut dihadiri kes ke-448 yang juga salah seorang peserta perhimpunan di Sri Petaling," katanya.

Iklan

Menurutnya, guru dan kakitangan sekolah yang dijangkiti seterusnya menjangkiti ahli keluarga mereka dan penduduk kampung.

"Sehingga kini, sub kluster tersebut merebak ke tiga generasi," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kluang yang berakhir esok mencapai matlamat ditetapkan KKM.

"Kita gembira dengan perkembangan terkini di Kluang. Hari ini empat kes positif baharu dikesan dengan jumlah 134 kes di sana," katanya.