Taruhan Faustian DAP
Iklan
Selama lebih 60 tahun, DAP telah berjaya membina naratif sebagai sebuah pertubuhan politik yang tidak boleh dijual beli, tidak senang mengikut telunjuk dan murni setulus kapas.
500 tahun lalu, seorang sarjana Jerman dalam bidang teologi, falsafah dan perubatan Faust, telah mengikat janji dengan musuh gelap Mephistopheles. Bukan kerana dia bodoh atau lemah, tetapi Faust terlalu mendambakan kuasa dan yakin mampu mengurus akibat yang bakal tiba. Nyata, padah yang tertulis selepas itu tidak mampu dibayar.
DAP juga sama, sekarang terpasung dalam padah seperti Faust. Selama lebih 60 tahun, parti orang Cina ini telah berjaya membina naratif sebagai sebuah pertubuhan politik yang tidak boleh dijual beli, tidak senang mengikut telunjuk dan murni setulus kapas.