Gen Z tak minat buku konsep ‘healing’
Iklan
Secara umumnya golongan Gen Z masih cenderung kepada bahan santai. Gambar hiasan janaan AI
SHAH ALAM - Buku bertemakan healing yang sebelum ini cukup popular dan menjadi kegilaan ramai kini semakin hilang momentum apabila generasi muda beralih kepada bahan bacaan lebih ilmiah serta kandungan berat.
Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa), Sheikh Faisal Sheikh Mansor berkata, trend pembacaan rakyat Malaysia terutama Gen Z berubah ketara dalam tempoh tiga hingga lima tahun kebelakangan ini.