BATU PAHAT - Seorang pemandu bas parah manakala tiga penumpang cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dengan jentera penurap jalan di KM102.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Yong Peng, tengah malam tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Mohd Hafiz Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.57 tengah malam sebelum sebuah Fire Rescue Tender dan Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) serta 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng digegaskan ke lokasi kejadian.